Thursday, June 6, 2013

Kursus Pra-Perkahwinan - Selangor

Alhamdulillah, settle dengan kursus pra perkahwin.. yeeeeee..dah boleh kahwin (mood gatal)..hahaha

Sijil kursus kahwin saya..

Banyak juga ilmu yang diperolehi sepanjang 1 hari setengah kursus walaupun niat asal pergi hanya untuk dapat sijil .tujuan kursus ini untuk memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Penceramah dekat  sini pun best dan  kelakar, x kering gusi gelak. at least tak ade la mengantuk sangat.Mostly penceramah memang berpengalaman , so mmg bnyak la masalah2 rumah tangga yang dikongsi bersama yang boleh dijadikan panduan.Just pasang telinga, dengar, if ade question boleh la tanya,tiada soalan dari penceramah and no exam ye . Prosedure perkahwinan juga diterangkan dengan lengkap dalam kursus . Akidah,akhlak, pengurusan kewangan ,masa, stress dan kesihatan juga turut diselitkan. Bila dengar penceramah bercerita tentang pelbagai aduan2 masalah rumah tangga baru la terfkir sejenak perkhawinan ini  bukan mudah sebenarnya, memerlukan mental dah physical yang kuat. So, must get ready from now, penuhkan ilmu di dada, kuatkan mental dah physical..


 Buku dan pamplet. Boleh baca untuk persediaan perkahwinan. Banyak information penting ye..

Siapa2 yang nak berkahwin dan belum pergi kursus pra-perkahwinan boleh la pergi cepat2 ye.. Saya hari tu amik dekat Pejabat Agama Islam Daerah Petaling , depan masjid shah alam je..Tapi sebelum pergi kene daftar dulu ye, booking tarikh sebab tempat adalah terhad. Just pergi je website JAIS http://www.jais.gov.my/dan klik je link borang kursus pra perkahwinan, download , isi dan faks jeke talian 03-55127202 .. nak lagi senang lagi pergi je terus ke bangunan JAIS isi borang yang boleh diambil dari Tingkat 4 Menara Selatan, Bahagian Perundangan Keluarga JAIS dekat seksyen 5 Shah Alam (depan masjid shah alam)..

Procedure ini untuk booking sahaja, nanti di pagi hari pendaftaran baru bayar yuran RM80.. Minum pagi ,tengahari dan minum petang disediakan.
Ini contoh borang pra perkahwinan yang di download di website JAIS.

Sijil kursus pra perkahwinan ini laku sampai bila2 ye, sepanjang hayat. So, if tak nak kahwin lagi pun boleh ambil awal2 . Jangan lupe booking dulu ye sebab setakat tarikh ini kursus sampai bulan 8 dah penuh ..